Fidyah Ku, Kewajipan Ku

Fidyah Ku, Kewajipan Ku


AmalFidyah adalah salah satu projek yang diusahakan oleh Yayasan Amal Malaysia bagi membantu menguruskan urusan Fidyah dan Infaq Tajaan Makanan Ummat Islam terus kepada sasaran Asnaf, menerusi program-program Dakwah, Kebajikan dan kemasyarakatan yang telah dilaksanakan secara Aktif oleh NGO Yayasan AMAL Malaysia. 


Tidak seperti badan pertubuhan yang lain, AmalFidyah bukanlah sebuah entiti perniagaan, bahkan sebuah badan kebajikan yang telah lama menginfakkan masa dalam kerja kebajikan ini sejak Yayasan AMAL Malaysia ditubuhkan pada tahun 2001. Alhamdulillah AmalFidyah telah mendapat kepercayaan dan keyakinan masyarakat dari dalam dan luar negara dalam kerja-kerja kemanusiaan ini.


Apakah itu fidyah?

Fidyah ialah Hukuman denda ke atas seseorang Islam yang telah Akil baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja dengan  melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.


Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.


Sebab-sebab Dikenakan Fidyah

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.


2. Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.


3. Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka wajib baginya menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.


4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.


5. Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan

Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.


6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah ke Bulan Ramadhan yang berikutnya, dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan Kecuali bagi mereka yang tiada kemampuan.


Kadar Ketetapan Fidyah adalah RM4 Sehari termasuk kos pengurusan. buat pengiraan 4 ringgit di darab dengan Hari Puasa yang ditinggalkan. Contohnya :-(RM4 Sehari) x (10 Hari) = RM40


Ibadah Fidyah dan Infaq Tajaan Makanan Anda akan Kami Sampaikan kepada Asnaf yang Menjadi Fokus dalam Projek kami

  • Rakan Jalanan, Miskin Bandar dan Gelandangan Kota
  • Mangsa Bencana Peperangan dan Pelarian seperti Syria, Palastine, Yemen, Kota Marawi, Rohingya Dll.
  • Tadika AMAL Hidayah dan Muallaf di Pendalaman Sabah & Sarawak
  • Mangsa Bencana Alam, Seperti Banjir Besar, Tsunami dan Gempa Bumi.
  • Ziarah Mahabbah Dakwah dan Kebajikan ke Kawasan Pendalaman
  • Sumbangan Infaq Makanan Untuk Pelajar-Pelajar Bakal Daie Lapangan Pusat Dakwah Serantau.



IBADAH DAN FIDYAH ANDA KAMI SAMPAIKAN



















Sebarang Maklumat Pertanyaan boleh hubungi melalui :
Whatsapp maklumat tersebut kepada kami ke 0196342942


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Amal Fidyah - 1 hari @ 1 cupak - RM4
Kafarah Melanggar Sumpah atau Nazar - RM10 X 10 Orang = RM100
Kafarah Denda (Kerana Menggauli Isteri di bulan Ramadhan) - RM60 X 10 = RM600
Tajaan Makan Untuk Seorang Fakir Miskin Sekali Kenyang - RM10
Infaq Sumbangan Umum
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel yayasanamalwilayah@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaYAYASAN AMAL MALAYSIA (AMAL) CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN
No. Akaun14032010034123
Buka Bank Islam IB  

PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah
yayasanamalwilayah@gmail.com
+601151694465
Ini no CS kami