MARI MENAJA OPERASI PUSAT PENDIDIKAN AGAMA BUAT ASNAF DAN MUALLAF

Rumah Didik Sahabat (RDS) merupakan sebuah pusat pendidikan komuniti yang bertempat di Lorong Chow Kit 4, Kuala Lumpur dan diurus oleh pengurusan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan.
Rumah Didik Sahabat menyediakan pendidikan agama percuma buat :
Sahabat Jalanan (Gelandangan)
Golongan Asnaf
Muallaf
Kanak-kanak Yang Terbiar
Ianya dapat menarik lebih ramai non-muslim untuk melihat keindahan agama Islam yang menyantuni mereka tanpa ada sebarang prejudis serta membantu lebih kurang 100 orang warga komuniti Chow Kit untuk mendapatkan pendidikan fardhu ain.
SIAPA YAYASAN AMAL MALAYSIA

Merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Amal Kebajikan.
Menjalankan misi pembangunan kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana, kebuluran, kemiskinan dan juga dakwah di Malaysia dan serantau asia terutamanya.
Dilantik menjadi Pengerusi kepada Badan Gabungan NGO sedunia IFRD (International Federation of Relief & Development).
![]()
Sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H/2022M, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Organisasi Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO.
![]()
![]()
Kami dari Yayasan Amal Malaysia ingin memohon sokongan daripada Tuan Puan yang budiman untuk menaja Operasi Rumah Didik Sahabat.
Kos tajaan yang terkumpul akan digunakan untuk pembayaran tenaga pengajar, pembelian peralatan pembelajaran, bil-bil serta bantuan keperluan harian buat mereka yang memerlukan.
Permohonan untuk memeluk Islam bertambah setiap bulan dan hingga kini, kami telah mengislamkan seramai lebih 50 orang komuniti Cina. Secara tidak langsung, peranan Rumah Didik Sahabat sebagai pusat pembelajaran dan pendidikan juga bertambah.
Objektif Penubuhan Rumah Didik Sahabat:
✅ Memberi makanan rohani kepada kumpulan sasaran.
✅ Membangunkan jiwa mereka supaya berfikiran positif dan mahu berubah.
✅ Menyediakan ruang untuk kumpulan sasaran mendapatkan ilmu, pengalaman dan strategi membangunkan ekonomi diri dan keluarga.
![]()
Marilah kita berganding bahu menjayakan misi RUMAH DIDIK SAHABAT agar dapat beroperasi dengan baik serta dapat menolong lebih ramai asnaf dan muallaf di luar sana .
SEMOGA AMAL JARIAH TUAN PUAN DAPAT MEMBERI SINAR BUAT MEREKA
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang meringankan kesusahan orang yang beriman di dunia ini, Allah SWT akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat. Barangsiapa menolong seseorang dalam kesukaran, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat”.
(HR Muslim)
Terima Kasih Atas Sokongan Anda, Hanya Allah Sahaja Yang Mampu Membalas Dengan Sebaik-baik Ganjaran.



