TAJA PEK MAKANAN SETIAP HARI BUAT MEREKA YANG MEMERLUKAN
Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang semalaman sedangkan tetangganya kelaparan di sampingnya, padahal ia mengetahuinya." (HR At-Thabrani).

Apa Yang Terjadi Selepas Berlakunya Pandemik Covid-19?
Ramai warga Chow Kit yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.
Mereka tidak mampu membeli bahan mentah dan makanan pada setiap hari.
Ramai yang menyelongkar tong-tong sampah dan ada yang terjebak dengan kegiatan jenayah untuk mendapatkan makanan.
Tidak hairanlah jika ada yang mencuri, merompak dan peras ugut semata-mata untuk sesuap nasi.
Maka Kami Merasakan Wajar Untuk:
✅ Menyediakan makanan percuma secara bersistematik dan mempunyai premis yang tetap.
✅ Memberikan mereka makanan secara percuma pada setiap hari kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
SIAPA YAYASAN AMAL MALAYSIA?

Merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Amal Kebajikan.
Menjalankan misi pembangunan kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana, kebuluran, kemiskinan dan juga dakwah di Malaysia dan serantau asia terutamanya.
Dilantik menjadi Pengerusi kepada Badan Gabungan NGO sedunia IFRD (International Federation of Relief & Development).
![]()
Sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H/2022M, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Organisasi Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO.
![]()
![]()
Dengan ini, kami ingin mengajak Tuan Puan yang budiman sekalian untuk bersama-sama Yayasan Amal Malaysia memeriahkan projek memberi makan fakir miskin tegar dengan menaja pek makanan harian.
Dengan program begini, maka aktiviti-aktiviti dan kebajikan khususnya dakwah, kerohanian dan pengislaman saudara baru di Warung Makan Sahabat akan sentiasa meriah.
Siapakah Yang Akan Menerima Pek Makanan Ini?
500 orang warga Chow Kit dari golongan:
Gelandangan
OKU
Ibu Tunggal
Muallaf
Asnaf Bandar
![]()
Ayuh kongsi rezeki bersama kami agar WARUNG MAKAN SAHABAT dapat beroperasi setiap hari tanpa ada saudara kita di sekitar Chow Kit yang menahan lapar semalaman.
Pemberian Anda Mampu Membantu Kelangsungan Hidup Mereka Serta Menjauhkan Mereka Dari Melakukan Perkara Yang Tidak Sepatutnya Kerana Kelaparan.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan." (HR. Tabrani)
Terima Kasih Atas Sokongan Anda, Hanya Allah Sahaja Yang Mampu Membalas Dengan Sebaik-baik Ganjaran.



