Dunia hampir sampai penghujung hayatnya, bersediakah kita?
Terlalu banyak tanda-tanda akhir zaman yang sering diperingatkan kepada kita, dan ia sedang berlaku.
Apakah persiapan yang betul-betul kita lakukan untuk memberatkan timbangan amal kebaikan pada masa akan datang?
Benar, Syurga itu bukan percuma.
Ia memerlukan keimanan yang tinggi, pengorbanan dan pengharapan yang besar kepada Allah SWT.
Berbaloi kah jika kita berpenatan setiap hari mencari rezeki, tetapi tidak dimanfaatkan untuk menambah saham di akhirat kelak?
INFAQ BAGI OPERASI PUSAT PENDIDIKAN AGAMA ASNAF DAN MUALLAF

Rumah Didik Sahabat (RDS) merupakan sebuah pusat pendidikan komuniti yang bertempat di Lorong Chow Kit 4, Kuala Lumpur dan diurus oleh pengurusan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan.
Rumah Didik Sahabat menyediakan pendidikan agama percuma buat :
Sahabat Jalanan (Gelandangan)
Golongan Asnaf
Muallaf
Kanak-kanak Yang Terbiar
Ianya dapat menarik lebih ramai non-muslim untuk melihat keindahan agama Islam yang menyantuni mereka tanpa ada sebarang prejudis serta membantu lebih kurang 100 orang warga komuniti Chow Kit untuk mendapatkan pendidikan fardhu ain.
SIAPA YAYASAN AMAL MALAYSIA

Merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Amal Kebajikan.
Menjalankan misi pembangunan kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana, kebuluran, kemiskinan dan juga dakwah di Malaysia dan serantau asia terutamanya.
Dilantik menjadi Pengerusi kepada Badan Gabungan NGO sedunia IFRD (International Federation of Relief & Development).
![]()
Sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H/2022M, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Organisasi Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO.
![]()
![]()
Kami dari Yayasan Amal Malaysia ingin memohon sumbangan daripada Tuan Puan yang budiman bagi Operasi Rumah Didik Sahabat.
Sumbangan yang terkumpul akan digunakan untuk pembayaran tenaga pengajar, pembelian peralatan pembelajaran, bil-bil serta bantuan keperluan harian buat mereka yang memerlukan.
Permohonan untuk memeluk Islam bertambah setiap bulan dan hingga kini, kami telah mengislamkan seramai lebih 50 orang komuniti Cina. Secara tidak langsung, peranan Rumah Didik Sahabat sebagai pusat pembelajaran dan pendidikan juga bertambah.
Objektif Penubuhan Rumah Didik Sahabat:
✅ Memberi makanan rohani kepada kumpulan sasaran.
✅ Membangunkan jiwa mereka supaya berfikiran positif dan mahu berubah.
✅ Menyediakan ruang untuk kumpulan sasaran mendapatkan ilmu, pengalaman dan strategi membangunkan ekonomi diri dan keluarga.
![]()
Maka marilah kita berinfaq agar RUMAH DIDIK SAHABAT dapat beroperasi dengan baik dan dapat membantu lebih ramai asnaf dan muallaf.
SEMOGA AMAL JARIAH TUAN PUAN DAPAT MEMBERI SINAR BUAT MEREKA
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang meringankan kesusahan orang yang beriman di dunia ini, Allah SWT akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat. Barangsiapa menolong seseorang dalam kesukaran, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat”.
(HR Muslim)
Terima Kasih Atas Sumbangan Anda, Hanya Allah Sahaja Yang Mampu Membalas Dengan Sebaik-baik Ganjaran.



