“Syukur sangatt… Masih ada insan yang prihatin dengan nasib kami..”






Tidak semua orang bernasib baik seperti kita. Hari ini kita cukup makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa. Tapi mereka ada yang berhujan dan berpanas dikaki lima, ada yang selang sehari dapat makan. Lagi menyedihkan bila melihat anak-anak mereka berkeliaran dijalanan, tidak bersekolah dan tanpa pengawasan.



Bukan mereka pinta untuk hidup begini. Namun mereka tidak mampu mencari rezeki untuk mengubah hidup kepada yang lebih baik. Ada yang diuji dengan masalah kesihatan sehingga tiada siapa mahu mengambil mereka bekerja, warga emas yang sudah terlalu uzur, ibu-ibu tunggal yang ada ramai anak kecil dan ramai lagi. Mereka inilah yang perlu kita beri sokongan agar mereka tidak melihat kehidupan ini sebagai satu bebanan semata-mata sehingga ada yang memilih untuk mengakhiri hayat sendiri.





JOM KENALI YAYASAN AMAL MALAYSIA








        Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah sedang menjalankan beberapa misi. Antaranya :  



        1. RUMAH DIDIK SAHABAT (RDS)



        Rumah Didik Sahabat Menyediakan Pendidikan Agama Buat:

        Sahabat Jalanan (Gelandangan)

        Golongan Asnaf

        Muallaf

        Kanak-kanak Yang Terbiar




        Sejak ditubuhkan, semakin ramai yang berminat dengan agama kita dan seramai lebih 50 orang komuniti Cina telah menjadi mualaf disini. Secara tidak langsung, peranan Rumah Didik Sahabat sebagai pusat pembelajaran dan pendidikan juga bertambah.









        2. Warung Makan Sahabat (WMS)


        WMS beroperasi pada setiap hari. Di sini, kami akan mengagihkan makanan secara PERCUMA buat mereka yang miskin tegar. Malah kami juga beri suntikan akidah (tazkirah/kuliah dhuha) buat mereka yang datang ke Warung kami.




        Antara yang sering berkunjung ke WMS :

        Gelandangan

        OKU

        Ibu Tunggal

        Mualaf

        Asnaf Bandar









        Senyuman insan-insan yang telah kita bantu




        3.Amal Kongsi Rezeki (AKR)





        Projek ini adalah satu program edaran SEKOTAK MAKANAN ASASI buat mereka yang sangat memerlukan di sekitar Kuala Lumpur.


        1 Kotak Makanan Asasi mengandungi:



        • 5kg Beras Faiza

        • 1kg Minyak Masak

        • 1kg Gula

        • 1kg Tepung Gandum Faiza

        • 1 paket Bihun Faiza

        • 1 tin Sardin

        • 1 botol Kicap

        • 1 botol Sos Cili

        • 1 paket Garam

        • Bawang Merah dan Bawang Putih






        Inilah hajat dan impian kami. Nak bina semula kehidupan gelandangan, mualaf, warga emas, kanak-kanak yang terbiar dan asnaf di kawasan Chow Kit ini untuk jadi lebih baik. 


        Tugas Ini Bukan Kecil. Kami Amat Memerlukan Sokongan Kalian Semua.


        Kami harap lebih ramai pihak yang berkemampuan akan tampil untuk bersama-sama berkongsi rezeki dan merealisasikan usaha ini bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.








          Jika Tak Mampu Turun Padang Menghulurkan Bantuan, Sokonglah Kami Dengan Menyumbang Bagi Menjayakan Misi Ini.





          TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN ANDA !





          Anda boleh layari website kami di alamat:

          Yayasan Amal Wilayah Persekutuan    |     https://www.facebook.com/wilayahamal


          ______________________________________________________________________



          Kami juga membuka peluang untuk Tuan Puan BERKONGSI REZEKI secara bulanan tetap dengan kaedah auto-debit serendah RM10 sebulan. Tuan Puan boleh tekan LINK di bawah untuk sertai : 

          >>> https://infaqpay.my/go/yamwilayah <<<





          Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

          Ruangan yang wajib diisi

          PILIHAN SUMBANGAN

          Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
          TAJA 5 PEK MAKANAN (RM8 X 5) = RM40
          TAJA 10 PEK MAKANAN (RM8 X 10) = RM80
          TAJA 20 PEK MAKANAN (RM8 X 20) = RM160
          TAJA 50 PEK MAKANAN (RM8 X 50) = RM400
          TAJA 100 PEK MAKANAN (RM8 X 100) = RM800
          JUMLAH
          JUMLAH KESELURUHAN (RM)
          Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

          BUTIRAN PENYUMBANG

          BUTIRAN SUMBANGAN


          Maklumat Organisasi

          Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah
          yayasanamalwilayah@gmail.com
          +601151694465
          Ini no CS kami