JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI, JOM PAKAT BERKONGSI REZEKI
KADANGKALA KITA TERLUPA BAHAWA BERKONGSI REZEKI MEMBUATKAN KITA SEMAKIN KAYA
SIAPA YAYASAN AMAL MALAYSIA (YAM)?

Merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Kebajikan( PPM-014-10-30052001-000011 )
Menjalankan misi pembangunan kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana, kebuluran, kemiskinan dan juga dakwah di Malaysia dan serantau asia terutamanya.
Dilantik menjadi Pengerusi kepada Badan Gabungan NGO sedunia IFRD (International Federation of Relief & Development).
Sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H/2022M, YAM Cawangan Wilayah Persekutuan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Organisasi Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO.
![]()
![]()
Kami dari YAM memerlukan sokongan daripada Tuan Puan yang budiman untuk Operasi Rumah Didik Sahabat dan Warung Makan Sahabat.
Rumah Didik Sahabat (RDS) merupakan sebuah pusat pendidikan komuniti yang bertempat di Lorong Chow Kit 4, Kuala Lumpur.
Rumah Didik Sahabat Menyediakan Pendidikan Agama Secara PERCUMA Buat:
✅ Sahabat Jalanan (Gelandangan)
✅ Golongan Asnaf
✅ Muallaf
✅ Kanak-kanak Yang Terbiar
Sejak ditubuhkan, telah ramai yang datang dan menunjukkan minat untuk bersama kita, dan kini lebih 50 orang komuniti Cina telah menjadi muallaf. Secara tidak langsung, peranan Rumah Didik Sahabat sebagai pusat pembelajaran dan pendidikan juga bertambah.
![]()
YAM juga menyediakan Warung Makan Sahabat buat:
500 orang warga Chow Kit dari golongan:
✅ Gelandangan
✅ OKU
✅ Ibu Tunggal
✅ Muallaf
✅ Asnaf Bandar
![]()
Dengan program begini, maka aktiviti-aktiviti dan kebajikan khususnya dakwah, kerohanian dan penerimaan saudara baru di Warung Makan Sahabat akan sentiasa meriah.
Sekaligus Dapat Mengelakkan Situasi Begini Daripada Berlaku:
Menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari makanan
Terjebak dengan kegiatan jenayah untuk mendapatkan makanan
Ayuh Mulakan Hari Anda Dengan Berkongsi Rezeki Bersama Kami Dalam Menjayakan Operasi Rumah Didik Sahabat dan Warung Makan Sahabat Secara Berterusan.
Bersama Kami Perjuangkan Nasib Mereka Di Luar Sana ! Sokongan Anda Mampu Mengubah Hidup Mereka.
Terima Kasih Atas Sokongan Anda, Hanya Allah Sahaja Yang Mampu Membalas Dengan Sebaik-baik Ganjaran.
- Kami juga membuka peluang untuk Tuan Puan bersedekah secara bulanan tetap dengan kaedah auto-debit serendah RM10 sebulan. Tuan Puan boleh tekan LINK dibawah untuk sertai.



