INFAQ AMAL PUSAT DAKWAH SERANTAU YAYASAN AMAL MALAYSIA MENAJA PEJUANG DIJALAN ALLAH
ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ
Firman Allah SWT kepada nabi-Nya Muhammad SAW:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِنَّآ أَرۡسَلۡنَٰكَ شَٰهِدٗا وَمُبَشِّرٗا وَنَذِيرٗا ٤٥ وَدَاعِيًا إِلَى ٱللَّهِ بِإِذۡنِهِۦ وَسِرَاجٗا مُّنِيرٗا ٤٦
Wahai nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang diberi-Nya dan sebagai lampu yang menerangi. (Surah Al-Ahzab:45-46)
Pusat Dakwah Serantau merupakan pusat pengajian yang melatih serta membentuk pendakwah/mubaligh Islam di rantau ASEAN. Di sini, para pelatih dakwah diberi penekanan pendekatan "dakwah bil hal". Selain pengajian Islam, mereka turut dibekalkan dengan kemahiran dakwah, pengubatan Islam, pertanian dan pendidikan pra-sekolah demi membangunkan masyarakat dengan ilmu.
PUSAT DAKWAH SERANTAU INI DIBANGUNKAN OLEH YAYASAN AMAL MALAYSIA.
Alangkah indahnya jika tuan/puan boleh menginfak sedikit kepada Pusat Dakwah Serantau bagi membantu menaja operasi, pembangunan & dakwah para daie yang sedang belajar di Pusat Dakwah Serantau. Semoga tuan/puan dipermudahkan segala urusan, sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan sihat tubuh badan.
Dengan peluang ini, perkembangan dakwah dilapangan kini sedang rancak bergerak hasil usaha para alumni PDS yang bertugas sebagai daie. Lapangan lebih 140 orang daie. Alhamdulillah sudah lebih 2000 orang pengislaman sejak 2010.
SETIAP KEBAIKAN ADALAH SEDEKAH
Diriwayatkan daripada Jabir B. Abdullah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda “SETIAP KEBAIKAN ADALAH SEDEKAH.”
Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI PUSAT DAKWAH SERANTAU
Tuan/Puan boleh layari facebook rasmi Pusat Dakwah Serantau untuk aktiviti terkini.

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN SESI BARU PUSAT DAKWAH SERANTAU
Seramai 25 pelajar baru telah diterima masuk ke Pusat Dakwah Serantau bagi sesi 2021-2024, 20 orang telah lapor diri dan 5 orang lagi akan melapor diri sebelum Disember 2021. Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Mudir Pusat Dakwah Serantau, Ust Misbahul Munir Hj Masduki.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH UNTUK MUALLAF DI KAMPUNG PASIR HITAM
Kursus diadakan di Surau Amal Kg Pasir Hitam, Pulau Banggi, Kudat. Di kendalikan oleh para daie PDS dengan diketuai oleh Daie Rosdi. 10 set peralatan turut disumbangkan kepada surau Amal Kg Pasir Hitam dan Surau Amal Kg Salangan sebagai persiapan pengurusan jenazah apabila berlaku kematian. Penduduk kg ini rata-rata masih bergelar muallaf, mereka masih perlukan bimbingan fardhu Ain dan penghayatan cara hidup Islam. Alhamdulillah, penduduk kampung sangat bertuah kerana mempunyai 5 daie lelaki sepenuh masa, dan 4 daie muslimat sepenuh masa untuk membimbing semua para muallaf dari kanak-kanak, remaja, belia, dewasa dan juga warga emas. Para daie perlu dibantu supaya segala aktiviti berjalan dengan lancar, sumbangan2 kewangan, kotak makanan dan sebagainya sangat diperlukan.

MELUASKAN DAKWAH DI KAWASAN PEDALAMAN SABAH, SARAWAK
Para Daie PDS terus menerus menabur bakti di pelusuk pendalaman Sabah dan Sarawak. Kelas-kelas fardhu Ain sdh mula berjalan semula. Ada juga para Daie kita terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir, membersihkan sekolah yang berlumpur akibat banjir, menyampaikan bantuan kotak makanan dan sebagainya. Kepada para penyumbang masih boleh terus menyumbang untuk disalurkan kepada para Daie bagi menjalankan pelbagai aktiviti mendekati masyarakat.
SEDEKAH TIDAK AKAN MEMBUAT KITA MISKIN WALAUPUN SEDIKIT PEMBERIANNYA SELAGI KITA NIAT UNTUK BERSEDEKAH.
Semoga kita menjadi insan yang memberi manfaat kepada manusia yang lain seperti yang disebut oleh Rasulullah saw.
Jabir radhiyallau ‘anhuma bercerita bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”
Semoga amal bakti kita ini dikira ibadah di sisi Allah dan memasukkan kita semua ke dalam syurga. Aameen.
Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia. Anda boleh layari website kami di alamat
www.amalmalaysia.org.my | www.facebook.com/amalmalaysia