AMAL KONGSI REZEKI: SEDIAKAN PUSAT PENDIDIKAN BUAT MUALAF

Di Rumah Didik Sahabat ni berteduhnya 50 orang mualaf yang masih mencari-cari sumber ilmu untuk mengukuhkan akidah.
Majoriti mereka berbangsa Cina.
Ada di antara mereka telah dibuang keluarga dan mereka tiada tempat untuk mengadu dan minta sokongan.
Mereka sendiri yang datang untuk syahadah. Terharu tengok usaha mereka, dan semuanya adalah niat kerana Tuhan.
Ada yang dah kenal huruf hijaiyah dan ada juga yang masih merangkak baca iqra’. Kadang-kadang tu buatkan kami muhasabah diri semula.
Banyak kisah kalau nak diceritakan. Cukuplah sekadar apa yang jadi di sekeliling kita ni dijadikan sebagai satu pedoman.
Doakan mereka agar istiqomah mempelajari dan beramal.
![]()
Rumah Didik Sahabat (RDS) merupakan sebuah Pusat Pendidikan dan Pembangunan Muallaf yang bertempat di Lorong Chow Kit 4, Kuala Lumpur dan diurus oleh pengurusan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan.
KAMI MENGALU-ALUKAN SEMUA WARGA CHOW KIT YANG BERMINAT UNTUK :
Kenal agama yang satu
Nak belajar solat
Nak belajar mengaji
Nak mengikuti kelas Fardu Ain
Dan pelbagai aktiviti lain
Ingat.. Usaha islah dan dakwah ini adalah tugas kita semua.
Inilah hajat dan impian kami. Nak bina semula kehidupan gelandangan, muallaf dan asnaf di kawasan Chow Kit untuk jadi lebih baik. Tugas ni bukan kecil. Kami amat memerlukan sokongan kalian semula.
Kos tajaan yang terkumpul akan digunakan untuk pembayaran tenaga pengajar, pembelian peralatan pembelajaran, bil-bil serta keperluan harian buat mereka yang memerlukan.
Jika kita tak mampu beri sokongan, jangan pula kita menjadi penghalang.
![]()
Marilah kita berganding bahu menjayakan misi RUMAH DIDIK SAHABAT agar dapat beroperasi dengan baik serta dapat beri manfaat kepada lebih ramai asnaf dan muallaf di luar sana .
SEMOGA AMAL JARIAH TUAN PUAN DAPAT MEMBERI SINAR BUAT MEREKA
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang meringankan kesusahan orang yang beriman di dunia ini, Allah SWT akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat. Barangsiapa memudahkan seseorang dalam kesukaran, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat”.
(HR Muslim)
Terima Kasih Atas Sokongan Anda, Hanya Allah Sahaja Yang Mampu Membalas Dengan Sebaik-baik Ganjaran.

