INFAQ RUMAH DIDIK SAHABAT YAYASAN AMAL MALAYSIA

INFAQ RUMAH DIDIK SAHABAT YAYASAN AMAL MALAYSIA

TEMPAT SANTAPAN ROHANI UNTUK PARA ASNAF, MUALLAF & RAKAN JALANAN (GELANDANGAN & ANAK-ANAK TERBIAR)

Kami dari Yayasan Amal Malaysia ingin memohon sumbangan daripada Tuan/Puan yang mulia dan dikasihi Allah bagi Pembangunan Rumah Didik Sahabat. Setakat ini lebih 50 orang telah pun mengucap Syahadah di Rumah Didik Sahabat

INFAQLAH SERENDAH RM30 SAHAJA UNTUK OPERASI RUMAH DIDIK SAHABAT. SEMOGA SEDEKAH JARIAH DARIPADA TUAN PUAN MEMBANTU MENYEBARKAN AJARAN AGAMA KITA.


Selepas Warung Makan Sahabat dimulakan dan mendapat sambutan ,Rumah Didik Sahabat ditubuhkan bagi meneruskan agenda mendidik masyarakat setempat yang terdiri daripada Sahabat Jalanan (Gelandangan), golongan asnaf, muallaf dan kanak-kanak yang terbiar.

Sebelum tertubuhnya RDS, kami menggunakan rumah Makwan sebagai lokasi dan tempat pembelajaran. Pada ketika itu, kami hanya fokus kepada pendidikan Solat dengan harapan mereka akan mengubah hidup mereka apabila mereka menjaga Solat. Alhamdulillah ia memberi kesan kepada ibu-ibu yang sering hadir ke kelas agama yang pihak kami jalankan.









Semoga kita menjadi insan yang memberi manfaat kepada manusia yang lain seperti yang disebut oleh Rasulullah saw. Jabir radhiyallau ‘anhuma bercerita bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” Semoga amal bakti kita ini dikira ibadah di sisi Allah dan memasukkan kita semua ke dalam syurga. Aameen


وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ

“Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik”;  [Ad-Duha: 10]

Perkara yang kita boleh tadabbur, antara pengajaran lain dalam ayat ini, Allah SWT mengajar kita supaya jangan sombong. Allah beri panduan untuk bertindak kepada “peminta”, dengan sikap yang baik. Soal mampu bantu atau tidak, bergantung pada rezeki yang ada pada kita. Namun, jika mampu bantu atau tidak, selalulah perhatikan sikap kita, sentiasa kena berbuat baik.  Hanya orang-orang yang beriman dan sabar sahaja akan bertindak yang terbaik.

Tuan/Puan boleh layari facebook Yayasan Amal Wilayah untuk mengetahui aktiviti terkini setiap hari.

Yayasan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan (   PPM-014-10-30052001-000011   ) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia.  Anda boleh layari website kami di alamat
Yayasan Amal Wilayah Persekutuan    |     https://www.facebook.com/wilayahamal






Kami juga membuka peluang untuk Tuan Puan bersedekah secara bulanan tetap dengan kaedah auto-debit serendah RM10 sebulan. Tuan Puan boleh tekan LINK dibawah untuk sertai



.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
KONGSI REZEKI RM30
INFAQ RUMAH DIDIK SAHABAT YAYASAN AMAL MALAYSIA - RM 50
INFAQ RUMAH DIDIK SAHABAT YAYASAN AMAL MALAYSIA - RM 100
INFAQ RUMAH DIDIK SAHABAT YAYASAN AMAL MALAYSIA - RM 300
INFAQ RUMAH DIDIK SAHABAT YAYASAN AMAL MALAYSIA - RM 500
INFAQ RUMAH DIDIK SAHABAT YAYASAN AMAL MALAYSIA - RM 1000
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Letakkan Nam Ibu Bapa & Yang Tersayang

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah
yayasanamalwilayah@gmail.com
+601151694465
Ini no CS kami