MARI MENAJA OPERASI KELAS BIMBINGAN BUAT ASNAF DAN MUALLAF






Rumah Didik Sahabat (RDS) merupakan sebuah pusat pendidikan komuniti yang bertempat di Lorong Chow Kit 4, Kuala Lumpur dan diurus oleh pengurusan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan.



Rumah Didik Sahabat menyediakan Kelas Bimbingan percuma buat :


  • Sahabat Jalanan (Gelandangan)

  • Golongan Asnaf

  • Muallaf

  • Kanak-kanak Yang Terbiar




Disini kami menyediakan kelas-kelas seperti Kelas Fardhu Ain, Kelas Mengaji dewasa dan kanak-kanak, dan sebagainya.







SIAPA YAYASAN AMAL MALAYSIA (YAM)?






  • Merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Kebajikan(  PPM-014-10-30052001-000011  ) 

  • Menjalankan misi pembangunan kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana, kebuluran, kemiskinan dan sebagainya di Malaysia dan serantau asia terutamanya.

  • Dilantik menjadi Pengerusi kepada Badan Gabungan NGO sedunia IFRD (International Federation of Relief & Development).







    Sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H/2022M, YAM Cawangan Wilayah Persekutuan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Organisasi Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO.









    Kami dari YAM ingin memohon sokongan daripada Tuan Puan yang budiman untuk menaja Operasi Rumah Didik Sahabat.



    Kos tajaan yang terkumpul akan digunakan untuk pembayaran tenaga pengajar, pembelian peralatan pembelajaran, bil-bil serta bantuan keperluan harian buat mereka yang memerlukan.



    Sejak Rumah Didik Sahabat ini beroperasi, telah ramai yang datang menunjukkan minat untuk bersama kita, dan seramai lebih 50 orang komuniti Cina telah menjadi muallaf disini. Secara tidak langsung, peranan Rumah Didik Sahabat sebagai pusat pembelajaran dan pendidikan juga bertambah.





    Objektif Penubuhan Rumah Didik Sahabat:


    Memberi makanan rohani kepada kumpulan sasaran.

    Membangunkan jiwa mereka supaya berfikiran positif dan mahu berubah untuk keluar dari kegelapan hidup di Chow Kit.

    Menyediakan ruang untuk kumpulan sasaran mendapatkan ilmu, pengalaman dan strategi membangunkan ekonomi diri dan keluarga.












    Marilah kita berganding bahu menjayakan misi RUMAH DIDIK SAHABAT agar dapat beroperasi dengan baik serta dapat menolong lebih ramai asnaf dan muallaf di luar sana .




    SEMOGA AMAL JARIAH TUAN PUAN DAPAT MEMBERI SINAR BUAT MEREKA






    Rasulullah SAW bersabda:


    "Barangsiapa yang meringankan kesusahan orang yang beriman di dunia ini, Allah SWT akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat. Barangsiapa menolong seseorang dalam kesukaran, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat”. 

    (HR Muslim)






    Terima Kasih Atas Sokongan Anda, Hanya Allah Sahaja Yang Mampu Membalas Dengan Sebaik-baik Ganjaran.




  • Kami juga membuka peluang untuk Tuan Puan bersedekah secara bulanan tetap dengan kaedah auto-debit serendah RM10 sebulan. Tuan Puan boleh tekan LINK dibawah untuk sertai



    .



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
KONGSI REZEKI RM30
KONGSI REZEKI RM50
KONGSI REZEKI RM100
KONGSI REZEKI RM300
KONGSI REZEKI RM500
KONGSI REZEKI RM1000
KONGSI REZEKI RM3000
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah
yayasanamalwilayah@gmail.com
+601151694465
Ini no CS kami