MULAKAN HARI DENGAN BERKONGSI REZEKI
BAYANGKAN AL-QURAN YANG DIBACA OLEH ANAK-ANAK DI AFRIKA ITU ADALAH DARI SUMBANGAN KITA
Yayasan Amal Malaysia, NGO dakwah dan kebajikan berusaha untuk menghadiahkan Al-Quran sebanyak 1 juta naskah kepada fakir miskin dan daif terutamanya di madrasah pedalaman komuniti Muslim di Afrika.
Jika kita telusuri kehidupan masyarakat Muslim di Afrika, tahap kemiskinan mereka sangat teruk. Terutama untuk mereka yang mula dekat dengan Islam dan tak mampu memiliki Al-Quran.
Menangis hati kami bila tengok keadaan anak-anak Muslim di madrasah dan juga perkampungan di sana.
Inilah Keadaan Mereka Yang Kita Tak Nampak:
Ada yang belajar menulis huruf di atas pasir, tiada whiteboard.
Dicarik-carik naskah Quran kepada helaian untuk dikongsi beramai-ramai.
Mereka terpaksa menulis di atas papan kayu usang untuk hafalan ayat.
Berpanas terik belajar di bawah matahari dan zink besi hampir beberapa jengkal di kepala.
Makanan dan minuman harian terpaksa dicatu.
Atas rasa peduli dan tanggungjawab, pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah akan mengadakan program Hadiahkan Senaskah Quran khusus buat saudara kita di Afrika.
Sebelum ini, atas sokongan orang ramai, kami telah berjaya mengagihkan beberapa naskah Al-Quran buat saudara kita di beberapa negara, seperti di Afghanistan, India, Indonesia, Thailand dan banyak lagi.
SIAPA YAYASAN AMAL MALAYSIA
(YAM)?

Merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Kebajikan.
Menjalankan misi pembangunan kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana, kebuluran, kemiskinan dan juga dakwah di Malaysia dan serantau asia terutamanya.
Dilantik menjadi Pengerusi kepada Badan Gabungan NGO sedunia IFRD (International Federation of Relief & Development).
Sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H/2022M, YAM Cawangan Wilayah Persekutuan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Organisasi Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO.
![]()
![]()
Oleh itu, kami sekali lagi ingin mengajak Tuan Puan yang dermawan untuk sama-sama hadiahkan senaskah Quran yang bernilai RM25 SAHAJA buat saudara kita di Afrika.
“Yang membaca Al-Quran dan dia mahir membacanya, dia bersama para malaikat yang mulia. Sedangkan yang membaca Al-Quran namun dia tidak tepat dalam membacanya dan mengalami kesulitan, maka baginya dua pahala.”
[Al-Bukhari 4937, Muslim 244]
Bayangkan jika ratusan masyarakat Muslim di Afrika belajar Al-Quran menggunakan Al-Quran yang kalian hadiahkan. Subhanallah !
SETIAP BUTIR HURUF QURAN YANG MEREKA LAFAZKAN, AKAN BERTERBANGAN TERHAPUS DOSA-DOSA KITA UMPAMA DEBU YANG TIDAK BERNILAI. INSYA-ALLAH !
Niatkanlah hadiah senaskah Quran ini atas nama ibu bapa atau insan yang tersayang samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
(Poster bina masjid di Afrika)
Pemberian daripada anda bukan sahaja tertumpu kepada pengagihan Al-Quran, malah akan kami manfaatkan juga untuk pembinaan Masjid Abdullah Ibnu Abbas di Djamena, Chad Afrika.
Subhanallah ! Hanya SERENDAH RM30 ini Tuan Puan mampu menghadiahkan Al-Quran dan juga membina sebuah masjid buat ribuan masyarakat Muslim di Afrika.
Ayuh rebut peluang bermakna ini dengan berkongsi rezeki buat mereka di sana !

