MULAKAN HARI DENGAN BERKONGSI REZEKI
DIDOAKAN MALAIKAT APABILA BERKONGSI REZEKI DI PAGI HARI
Setiap Kali Bangun Pagi, Pernah Tak Merasai Situasi Begini ?
Hati rasa tak tenang walaupun banyak harta.
Setiap hari dah buat 2-3 kerja, tetapi duit masih tidak cukup.
Setiap hari ada je silap faham dengan rakan sekerja dan juga ahli keluarga.
Setiap hari rasa tak cukup masa untuk keluarga dan beribadah.
MARI BUKA PINTU REZEKI DI PAGI HARI UNTUK MENYELESAIKANNYA
Inshaa Allah, PERCAYA dan YAKINLAH dengan keberkatan BERKONGSI REZEKI pada waktu SUBUH ini, Allah permudahkan semua urusan kita dan memakbulkan setiap hajat yang kita harapkan. Aamiin!
SIAPA YAYASAN AMAL MALAYSIA
(YAM)?

Merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Kebajikan ( PPM-014-10-30052001-000011 )
Menjalankan misi pembangunan kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana, kebuluran, kemiskinan dan juga dakwah di Malaysia dan serantau asia terutamanya.
Dilantik menjadi Pengerusi kepada Badan Gabungan NGO sedunia IFRD (International Federation of Relief & Development).
Sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H/2022M, YAM Cawangan Wilayah Persekutuan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Organisasi Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO.
![]()
![]()
Kami dari YAM memerlukan sokongan daripada Tuan Puan yang budiman untuk Operasi Rumah Didik Sahabat dan Warung Makan Sahabat.
Rumah Didik Sahabat (RDS) merupakan sebuah pusat pendidikan komuniti yang bertempat di Lorong Chow Kit 4, Kuala Lumpur.
Rumah Didik Sahabat Menyediakan Pendidikan Agama Buat:
✅ Sahabat Jalanan (Gelandangan)
✅ Golongan Asnaf
✅ Muallaf
✅ Kanak-kanak Yang Terbiar
Sejak ditubuhkan, semakin ramai yang berminat dengan agama kita dan seramai lebih 50 orang komuniti Cina telah menjadi muallaf disini. Secara tidak langsung, peranan Rumah Didik Sahabat sebagai pusat pembelajaran dan pendidikan juga bertambah.
![]()
YAM juga menyediakan Warung Makan Sahabat dengan mengedar pek makanan buat:
500 orang warga Chow Kit dari golongan:
✅ Gelandangan
✅ OKU
✅ Ibu Tunggal
✅ Muallaf
✅ Asnaf Bandar
![]()
Dengan program begini, maka aktiviti-aktiviti dan kebajikan khususnya dakwah, kerohanian dan penerimaan saudara baru di Warung Makan Sahabat akan sentiasa meriah.
Ayuh Mulakan Hari Anda Dengan Berkongsi Rezeki Bersama Kami Dalam Menjayakan Operasi Rumah Didik Sahabat dan Warung Makan Sahabat Secara Berterusan.
Bersama Kami Perjuangkan Nasib Mereka Di Luar Sana ! Sokongan Anda Mampu Mengubah Hidup Mereka.
Terima Kasih Atas Sokongan Anda, Hanya Allah Sahaja Yang Mampu Membalas Dengan Sebaik-baik Ganjaran.
- Kami juga membuka peluang untuk Tuan Puan bersedekah secara bulanan tetap dengan kaedah auto-debit serendah RM10 sebulan. Tuan Puan boleh tekan LINK dibawah untuk sertai.



