KONGSI REZEKI DENGAN FAKIR MISKIN
TANPA MENGIRA AGAMA DAN BANGSA
Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang semalaman sedangkan tetangganya kelaparan di sampingnya, padahal ia mengetahuinya." (HR At-Thabrani).

KEHIDUPAN SEBAHAGIAN WARGA CHOW KIT YANG KITA TIDAK TAHU
Ramai warga Chow Kit yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan akibat ekonomi yang menekan kini.
Mereka tidak mampu membeli barang keperluan hidup menyebabkan menjadi gelandangan.
Golongan ini dipandang serong masyarakat dan tiada siapa mahu
mengambil mereka bekerja. Akibatnya ada diantara mereka memilih
jalan yang tak sepatutnya untuk meneruskan hidup.
Maka Kami Merasakan Wajar Untuk Kita:
✅ Menyokong mereka untuk keluar dari belenggu masalah hidup mereka
✅ Bimbing mereka menangani masalah hidup mereka dengan menyediakan kelas-kelas bimbingan.
In Shaa Allah kami bukan sahaja memberikan makanan secara percuma kepada warga Chow Kit, malah kami juga memberikan suntikan akidah kepada mereka pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam pukul 11.45 pagi - 12.30 tengah hari.

Dengan ini, kami ingin mengajak Tuan Puan yang budiman sekalian untuk bersama-sama YAM memeriahkan projek memberi makan fakir miskin tegar ini.
Dengan program begini, maka aktiviti-aktiviti dan kebajikan khususnya dakwah dan kerohanian di Warung Makan Sahabat akan sentiasa berjalan dan dapat menarik lebih ramai orang.
JOM HADIAHKAN SEBUNGKUS NASI BUAT :
Gelandangan
Orang kurang upaya
Ibu Tunggal
Muallaf
Asnaf Bandar
![]()
Kongsi rezeki bersama kami agar WARUNG MAKAN SAHABAT dapat beroperasi setiap hari tanpa ada saudara kita di sekitar Chow Kit menahan lapar semalaman.
Sebungkus Nasi Daripada Anda Mampu Memberi Sinar Hidup Serta Menjauhkan Mereka Dari Melakukan Perkara Yang Tidak Sepatutnya Kerana Kelaparan.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan." (HR. Tabrani)
TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN ANDA !
Kami Doakan Agar Tuan Puan Dilimpahkan Rezeki Asbab Keprihatinan Yang Diberi
- Kami juga membuka peluang untuk Tuan Puan bersedekah secara bulanan tetap dengan kaedah auto-debit serendah RM10 sebulan. Tuan Puan boleh tekan LINK dibawah untuk sertai.
