INFAQ YAYASAN AMAL MALAYSIA (WILAYAH) & WARUNG MAKAN SAHABAT
INFAQ YAYASAN AMAL MALAYSIA. SEMOGA TUAN PUAN PARA DERMAWAN DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPERKENANKAN DOA
Niatkan sedekah kepada ibu bapa & yang tersayang. SEMOGA ALLAH ANGKAT DARJAT TUAN/PUAN PARA DERMAWAN & IBU BAPA TUAN/PUAN DI AKHIRAT NANTI.
Assalammualaikum Tuan Puan Para Dermawan
yang disayangi dan dirahmati Allah
Selawat & Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
Kami ingin mengajak Tuan/Puan para dermawan sekalian untuk membantu Pihak Yayasan Amal Malaysia dan Warung Makan Sahabat dalam menaja aktiviti-aktiviti dakwah & kebajikan seperti Laman Ngaji, Tajaan Makanan dan aktiviti-aktviti dakwah, kerohanian dan pengislaman saudara baru di Warung Makan Sahabat.
Aktiviti Laman Ngaji untuk anak-anak rakan jalanan, asnaf serta fakir miskin diadakan setiap hari rabu & khamis setiap minggu dimana aktiviti ini merupakan aktiviti tetap yang diadakan saban minggu.
Sepanjang menyantuni Asnaf rakan jalanan sejak tahun 2015, Yayasan Amal Malaysia bukan sahaja memberikan bantuan dari sudut makanan atau keperluan harian, akan tetapi Amal Malaysia juga memberi penekanan dan bantuan dari sudut kerohanian, kesedarandiri dan kefahaman agama. Walaupun ianya satu usaha yang sukar, tetapi ianya telah menampakkan hasil yang baik. Ramai yang sudah sedar dan cuba bangkit dari kamelut kehidupan yang mencabar ini.

MARI TUAN/PUAN PARA DERMAWAN.
YAYASAN AMAL MALAYSIA & WARUNG MAKAN SAHABAT MASIH LAGI MEMERLUKAN INFAQ TUNAI UNTUK KEPERLUAN-KEPERLUAN BERIKUT
Antara keperluan lain yg menunggu utk disediakan di warung makan sahabat ialah
1. Pembelian barang-barang dan bekalan keperluan Warung Makan Sahabat.
2. Tajaan Laman Ngaji setiap rabu & khamis (anak-anak gelandangan)
3. Operasi Rumah Didik Sahabat ( dibahagian ats warung)
4. Bantuan kecemasan utk keluarga2 susah secara berkala.
5. Kos pengurusan warung makan sahabat yg melibatkan pembayaran elaun utk sukarelawan dari golongan gelandangan seramai 10 orang.
6. Kos Pengurusan Kenderaan Warung Makan Sahabat
Maka marilah kita banyakkan sedeqah tunai utk kegunaan umum WARUNG MAKAN SAHABAT.
Jom Tuan Puan yang budiman...Infaq Tuan Puan akan digunakan untuk misi-misi dakwah dan kebajikan Yayasan Amal Malaysia. Semoga ALLAH mengabulkan segala permintaan dan doa Tuan Puan yang ikhlas menyumbang bagi membantu misi-misi dakwah & kebajikan Yayasan Amal Malaysia.
Tuan/Puan boleh layari facebook Yayasan Amal Wilayah untuk mengetahui aktiviti terkini setiap hari.

Yayasan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan (
PPM-014-10-30052001-000011
) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia. Anda boleh layari website kami di alamat
Kami juga membuka peluang untuk Tuan Puan bersedekah secara bulanan tetap dengan kaedah auto-debit serendah RM10 sebulan. Tuan Puan boleh tekan LINK dibawah untuk sertai
.