HADIAHKAN SEKOTAK BEKALAN MAKANAN BUAT ASNAF

HADIAHKAN SEKOTAK BEKALAN MAKANAN BUAT ASNAF



Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang semalaman sedangkan tetangganya kelaparan di sampingnya, padahal ia mengetahuinya." (HR At-Thabrani).



RAMAI penganalisis menjangkakan 2023 adalah tahun GETIR dari segi ekonomi. Ada ura-ura mengatakan akan berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan harga barang semakin mencanak naik.



Jika kita yang masih terima gaji setiap bulan pun dah terasa kesusahan untuk “survive”, macam mana lah keadaan asnaf/miskin tegar yang terpaksa hidup di saat ekonomi yang semakin meleset.



RINGANKAN BEBAN MEREKA DENGAN KIRIMKAN SEKOTAK MAKANAN ASASI








Jika kita telusuri setiap penduduk di Kuala Lumpur ini, banyak kisah yang boleh kami kongsikan.



Kami nampak rata-rata golongan miskin tegar di sekitar Kuala Lumpur terpaksa mengemis dan menyelongkar

tong sampah untuk dapatkan sesuap nasi. 



Bayangkan anak-anak gelandangan juga ada yang terpaksa mencari nafkah dan duduk di kaki lima kerana ibu bapa mereka tak mampu hantar mereka ke sekolah. Tak terbayang jika anak-anak itu adalah anak-anak kita sendiri. 



Oleh itu, bagi meringankan beban mereka, pihak Yayasan Amal Malaysia mengadakan satu program bagi mengedar SEKOTAK MAKANAN ASASI buat mereka yang sangat memerlukan di sekitar Kuala Lumpur.



KOTAK MAKANAN ini hanya bernilai RM58 setiap satu.




Kotak Makanan mengandungi:



  • 5kg Beras Faiza

  • 1kg Minyak Masak

  • 1kg Gula

  • 1kg Tepung Gandum Faiza

  • 1 paket Bihun Faiza

  • 1 tin Sardin

  • 1 botol Kicap

  • 1 botol Sos Cili

  • 1 paket Garam

  • Bawang Merah dan Bawang Putih



YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH










  • JADILAH RAKYAT YANG PRIHATIN SESAMA SAUDARA DILUAR SANA



    Kami harap lebih ramai pihak yang berkemampuan akan tampil untuk merealisasikan usaha ini bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.



    Allah S.W.T berfirman:


    وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ


    “Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik”.  [Ad-Dhuha: 10]




    SUNGGUH TINGGI GANJARANNYA DISISI ALLAH BUAT MEREKA YANG MEMBERI MAKAN





    Kepada Tuan Puan yang memberi:


    “Setiap kali mereka makan/gunakan tak kiralah nasi, sardin mahupun telur, setiap suapan mereka ada ganjarannya buat Tuan Puan yang pemurah”.



    Kita mungkin tak tahu siapa yang makan, dan mereka juga tak tahu siapa yang memberi. Tetapi Allah S.W.T Maha Mengetahui.






  • Yayasan Amal Malaysia juga masih membuka peluang kepada peruncit yang mahu meletakkan rak Amal Kongsi Rezeki di kedai mereka bagi memudahkan asnaf-asnaf dikawasan berdekatan untuk mendapatkan bekalan makanan.

    Pemilik kedai hanya perlu menghubungi Tuan Helmi 011-1330 9330 bagi urusan pendaftaran dan penghantaran rak.










    TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN ANDA ! 

     

    Yayasan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan (PPM-014-10-30052001-000011) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Anda boleh layari website kami di alamat:

    Yayasan Amal Wilayah Persekutuan    |     https://www.facebook.com/wilayahamal






    Kami juga membuka peluang untuk Tuan Puan bersedekah secara bulanan tetap dengan kaedah auto-debit serendah RM10 sebulan. Tuan Puan boleh tekan LINK dibawah untuk sertai

    https://infaqpay.my/go/yamwilayah


    .


    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    PILIHAN SUMBANGAN

    Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
    5 KOTAK RM 290
    4 KOTAK RM 232
    3 KOTAK RM 174
    2 KOTAK RM116
    1 KOTAK RM58
    JUMLAH
    JUMLAH KESELURUHAN (RM)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

    BUTIRAN PENYUMBANG

    BUTIRAN SUMBANGAN


    Maklumat Organisasi

    Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah
    yayasanamalwilayah@gmail.com
    +601151694465
    Ini no CS kami