PROJEK PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN DAIE PENDAKWAH LAPANGAN
PUSAT DAKWAH SERANTAU
Kita sentiasa Bekerja keras untuk mendapat kehidupan yang berkualiti, Rumah yang besar dan selesa, kenderaan yang cantik dan elegant , keluarga yang sihat dan bahagia. Teatapi apakah Anda juga merancang juga untuk mendapat perkara yang sama dalam kehidupan kekal kita di alam akhirat? Alangkah baiknya andai Anda dapat memiliki istana yang besar disana? Jom kita bina Istana kita dengan mewakafkan tanah pembangunan Pusat Dakwah Serantau.
Pusat Dakwah Serantau adalah satu-satunya insitusi pendidikan agama yang mengfokuskan pengajian dalam bentuk Membangunkan Dai'e Pendakwah Lapangan yang terdiri dari kalangan Muallaf-muallaf daripada Sabah, Sarawak dan Rantau Asian.
Pusat Pendidikan peringkat diploma ini telah dibangunkan oleh NGO Dakwah, Kebajikan dan Kemanusian Yayasan Amal Malaysia, diasaskan bagi tujuan memperkukuhkan lagi gerak kerja dakwah di lapangan dengan melahirkan lebih ramai kader dakwah yang mampu bergerak di medan, mereka dari kalangan masyarakat setempat yang terpilih dan akan kembali pulang berkhidmat di kampung halaman masing-masing.
Menggunakan formula Al-Quran karim seperti firman Allah didalam Al-Quran karim yang berbunyi:-
فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ
Mengapa tidak keluar sebahagian dari tiap-tiap suku kaum dan puak di antara mereka itu satu kumpulan untuk mempelajari secara mendalam ilmu ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
-Surah At-Tawbah, Ayat 122
Perkembangan dakwah di lapangan kini sedang rancak bergerak hasil usaha para alumni Pusat Dakwah Serantau PDS yang bertugas sebagai Dai'e Lapangan. Jumlah mereka melebihi 140 orang daie. Alhamdulillah sudah lebih 2000 orang Pengsilaman semenjak 2010.
TEMUBUAL TV PERTIWI BERSAMA MUDIR PUSAT DAKWAH SERANTAU

Yang Di Rindui Al-Marhum Tuan Guru Dato' Dr Harun Din Al-Hafiz
Mantan Pengerusi Ahi Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau (PDS)
Jadi ini satu usaha yang sangat terancang dan sangat terbaik buat masa ini. jadi saya mohon kepada semua ummat islam di negara kita ini, marilah kita sama-sama bantu, sama-sama gerakkan dakwah, kalau kita tak dapat bagimasa bersama Pusat Dakwah Serantau PDS, Bagilah apa yang kita mampu untuk menggerakkan kerja dakwah mereka. Sumbanglah kepada No Acc yang tertera dibawah. Sekian terima kasih. "

Naib Yang Dipertua PERKIM kebangsaan

Pembangunan Sedang Giat dijalankan. Jadilah Pewaqaf dengan Hanya Menyumbang RM50 bagi setiap kaki persegi.
Pilihlah sebesar mana impian anda? Hanya Allah yang akan membalasnya disyurga insyAllah..
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengsia-siakan pahala orang-orang yang membuat kebaikan".
-Surah At-Tawbah, Ayat 120