"Rebut Pahala Derma Dengan Membantu Mereka Yang Memerlukan"
Tindakan kecil kita boleh memberikan perubahan besar dalam komuniti. Bersama sama Yayasan Amal Malaysia kami,
kami berusaha untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik
dengan usaha berterusan dalam bidang pendidikan, kesihatan, dan pembangunan masyarakat.
Sertailah kami dalam misi untuk memberi impak positif kepada kehidupan orang yang memerlukan.
Setiap sumbangan dan sokongan ada memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat mulia ini.
JOM KENALI YAYASAN AMAL MALAYSIA

Yayasan Amal Wilayah: Menebarkan Kebahagian
Melalui Bantuan Holistik
Kami di Yayasan Amal Wilayah telah merangka pelan untuk mengukuhkan
kebahagiaan dalam pelbagai bentuk kepada golongan yang memerlukan di ChowKit, KL.
Kami berkomitmen untuk membantu dan memberikan sokongan kepada:
✅ Gelandangan yang mencari perlindungan
✅ Asnaf yang memerlukan bantuan kewangan
✅ Muallaf dalam perjalanan ke arah kehidupan baru
✅ Ibu Tunggal yang gigih berjuang
✅ Kanak-kanak Yang Terbiar
yang memerlukan kasih sayang
✅ Warga Emas yang mengharapkan sokongan
Setiap tindakan kecil yang kita ambil membawa sinar keceriaan kepada mereka.
Pengiktirafan Yayasan Amal Wilayah
dan Rumah Makan Sahabat
Sehingga baru-baru ini, setiap hari kami dengan tulus mengirimkan bantuan
kepada mereka yang memerlukan. Setiap hari, lebih ramai keluarga menghadapi
saat-saat yang mencabar
dan datang kepada kami dengan harapan.
Mereka menghadapi ketidakpastian yang melanda dengan begitu kuat,dan kami ingin membantu setiap yang kami mampu.
Namun, jumlah sumbangan yang kami terima tidak lagi mencukupi untuk menjangkau
semua yang memerlukan. Ini membuat hati kami remuk redam,
kerana kami ingin melibatkan diri dalam setiap perjuangan.
Misi ini Mengandungi Pahala Luar Biasa. Pemberian Anda ialah Daya Penggeraknya!
Dengan sokongan ikhlas anda, kami mampu merubah nasib jiwa yang hampir putus asa.
Mari bersama-sama kami, bergerak maju dalam perjalanan ini.
Kami akan terus komited untuk meringankan beban rakyat Malaysia
yang dihimpit kesempitan terutama mereka yang terkesan dalam
keadaan ekonomi negara yang membimbangkan.
Ayuh, bersama-sama menjejakkan senyuman pada wajah mereka
dan menyebarkan kebahagiaan. Kerana kebahagiaan mereka menghidupkan semangat kita.
TERIMA KASIH atas sokongan tulus ikhlas anda!
Semoga setiap langkah yang anda ambil dalam urusan harian anda diberkati dengan kelancaran dan kesejahteraan.
Semoga pintu-pintu syurga terbuka lebar untuk menerima kebaikan yang anda lakukan.
Anda boleh layari website kami di alamat:
Yayasan Amal Wilayah Persekutuan | https://www.facebook.com/wilayahamal
Pemberitahuan:
1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway ToyyibPay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada TOYYIBPAY SDN BHD selepas pembayaran dibuat. ToyyibPay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami. Caj RM1 akan dikenakan bagi setiap transaksi.