INFAQ RUMAH DIDIK SAHABAT YAYASAN AMAL MALAYSIA
TEMPAT SANTAPAN ROHANI UNTUK PARA ASNAF, MUALLAF & RAKAN JALANAN (GELANDANGAN & ANAK-ANAK TERBIAR)
Kami dari Yayasan Amal Malaysia ingin memohon sumbangan daripada Tuan/Puan yang mulia dan dikasihi Allah bagi Pembangunan Rumah Didik Sahabat. Setakat ini 17 orang telah pun memeluk islam di Rumah Didik Sahabat
INFAQLAH SERENDAH RM10 SAHAJA UNTUK PEMBANGUNGAN & RENOVASI RUMAH DIDIK SAHABAT. SEMOGA SEDEKAH JARIAH DARIPADA TUAN PUAN MEMBANTU MENYEBARKAN AJARAN ISLAM.

Selepas Warung Makan Sahabat dimulakan dan mendapat kejayaan ,Rumah Didik Sahabat ditubuhkan bagi meneruskan agenda mendidik masyarakat setempat yang terdiri daripada Sahabat Jalanan (Gelandangan), golongan asnaf, muallaf dan kanak-kanak yang terbiar. Sebelum tertubuhnya RDS, kami menggunakan rumah Makwan sebagai lokasi dan tempat pembelajaran. Pada ketika itu, kami hanya fokus kepada pendidikan Solat dengan harapan mereka akan mengubah hidup mereka apabila mereka menjaga Solat. Alhamdulillah ia memberi kesan kepada ibu-ibu yang sering hadir ke kelas agama yang pihak kami jalankan.
.jpg)

Saudara Adam Corrie Melawat Rumah Didik Sahabat Yayasan Amal Malaysia serta memberi sedikit pengenalan mengenai Rumah Didik Sahabat
.jpg)
.jpg)
Semoga kita menjadi insan yang memberi manfaat kepada manusia yang lain seperti yang disebut oleh Rasulullah saw. Jabir radhiyallau ‘anhuma bercerita bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” Semoga amal bakti kita ini dikira ibadah di sisi Allah dan memasukkan kita semua ke dalam syurga. Aameen
وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ
“Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik”; [Ad-Duha: 10]
Perkara yang kita boleh tadabbur, antara pengajaran lain dalam ayat ini, Allah SWT mengajar kita supaya jangan sombong. Allah beri panduan untuk bertindak kepada “peminta”, dengan sikap yang baik. Soal mampu bantu atau tidak, bergantung pada rezeki yang ada pada kita. Namun, jika mampu bantu atau tidak, selalulah perhatikan sikap kita, sentiasa kena berbuat baik. Hanya orang-orang yang beriman dan sabar sahaja akan bertindak yang terbaik.