Bawa Hilux Ke Syurga! Wakaf Tunai Kenderaan Dakwah & Kebajikan
Wakaf Tunai Pembelian Kenderaan Kebajikan dan Dakwah di Wilayah Persekutuan
Yayasan Amal Malaysia ada sebuah badan bukan kerajaan NGO yang berdaftar dengan ROS kini giat aktif dalam gerak kerja dakwah dan kebajikan. menyantuni masyarakat pendalaman, begitu juga membantu miskin bandar kuala lumpur dari kalangan Asnaf Rakan jalanan (gelandangan).
Sepanjang menyantuni Asnaf rakan jalanan sejak tahun 2015, Yayasan Amal Malaysia bukan sahaja memberikan bantuan dari sudut makanan atau keperluan harian, akan tetapi Amal Malaysia juga memberi penekanan dan bantuan dari sudut kerohanian, kesedarandiri dan kefahaman agama. Walaupun ianya satu usaha yang sukar, tetapi ianya telah menampakkan hasil yang baik. ramai yang sudah sedar dan cuba bangkit dari kamelut kehidupan yang mencabar ini.
Sumbangan wakaf ini akan digunakan untuk tujuan membeli sebuah kenderaan 4x4 yang sangat penting bagi tujuan memudahkan lagi urusan gerakerja bantuan ,dakwah dan Kebajikan.
Apapun Peluang yang ada jangan dilepaskan..
Kita beri sumbangan sebanyak mungkin harta kita.. kerana
harta itulah yang bakal menjadi simpanan buat diri kita di Akhirat sana.. Lagi banyak kita berbelanja untuk wakaf kebajikan.. lagi banyaklah simpanan itu buat diri kita.
Kami tidak perlu banyak.. Kami cuma memerlukan
930 orang sahaja untuk berwakaf satu unit bernilai RM100 sahaja
Semoga penyumbang yang berwakaf dapat meluaskan jalannya ke syurga. Amiin...
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya di Hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba-Nya menolong saudaranya.
(Hadis Riwayat Muslim)
Antara aktiviti-aktiviti yang kami jalankan di bawah dalam menyantuni asnaf dan rakan jalanan.

Penerima manfaat dalam aktiviti kami menyantuni asnaf dan rakan jalanan

Edaran barang sumbangan kepada asnaf dan rakan jalanan

Edaran Kit Sumbangan dan Solat Sunat Dhuha bersama Rakan Jalanan
Firman Allah SWT yang bermaksud dalam Surah Ibrahim ayat 31,
"Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan). "

