JOM ISTIQAMAH BERSEDEKAH

SETIAP BULAN







Kami ingin mengajak Tuan/Puan yang dermawan sekalian untuk bersama-sama memeriahkan projek memberi makan kepada fakir miskin tegar di Warung Makan Sahabat yang terletak di Chow Kit.


Melalui program ini, aktiviti dakwah, kebajikan dan pengislaman saudara baru di Warung Makan Sahabat juga dapat berjalan dan semakin berkembang hingga dapat menarik lebih ramai penduduk sekitar menyertainya.






Alhamdulillah, selepas Warung Makan Sahabat semakin mendapat sambutan, Rumah Didik Sahabat pula berjaya ditubuhkan untuk mendidik masyarakat setempat yang terdiri daripada sahabat jalanan, asnaf, mualaf dan kanak-kanak yang terbiar.


Apa yang lebih mengujakan adalah, sudah ada LEBIH 50 orang yang datang dan memeluk agama Islam di sini sehingga ia menjadi satu komuniti yang hebat.


Di sini para mualaf belajar dan mendalami Islam. Kelas pengajian Islam dijalankan dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin agar dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para mualaf.


Kanak-kanak yang sebelum ini terbiar di kaki lima juga semakin ramai yang berminat mengunjungi Rumah Didik Sahabat untuk belajar Iqra’ dan mengaji Quran.




BEGITULAH BESARNYA MANFAAT KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT JIKA ANDA SUDI BERKONGSI REZEKI SETIAP BULAN DI SINI




Warung Makan Sahabat dan Rumah Didik Sahabat beroperasi dengan 100% sumbangan dari orang ramai yang prihatin dengan nasib asnaf/muallaf sekitar. Dana yang berterusan perlu bagi memastikan kelangsungan warung dan rumah ini.




“200 orang gelandangan dapat makan setiap hari. Sekaligus dapat menjauhkan mereka daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya”






“Para muallaf yang terbiar juga terbela dan dapat memahami Islam dengan lebih mendalam setiap hari”







JOM KONGSI REZEKI SERENDAH RM10 SETIAP BULAN !

(Hanya 33 sen sehari) 



 

NILAI RM10 INI MAMPU :


  • Menjauhkan para gelandangan di Chow Kit daripada melakukan perkara yang tidak diingini seperti mencuri akibat kelaparan.


  • Memberi sinar dan harapan baru buat para muallaf yang terbiar untuk mengenal dan mendalami Islam.


  • Mengenyangkan perut warga emas dan kanak-kanak asnaf sekaligus dapat mengajak mereka mendalami ilmu agama.





BUKAN ITU SAHAJA !


Mungkin dengan asbab pemberian RM10 SAHAJA setiap bulan, ianya dapat memudahkan urusan Tuan/Puan melunaskan komitmen seperti bayar rumah, kereta dan sebagainya. 




KELEBIHAN MENYUMBANG DENGAN AUTO-DEBIT SEKARANG !

Auto debit ini akan membantu Tuan/Puan menyumbang secara automatik setiap bulan.

Ianya akan jadi lebih mudah dan pantas tanpa perlu mengisi borang setiap kali ingin menyumbang.

Tak lupa juga, walau kita sudah tiada nanti, sedekah Tuan/Puan akan tetap berjalan. Walaupun sumbangan Tuan/Puan SERENDAH RM10.

Jika Tuan/Puan terlupa untuk bersedekah secara manual pada bulan ini, dengan auto debit, segalanya akan jadi mudah.

"Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit” - Riwayat Muslim 









Alhamdulillah, jika anda sudah baca hingga sini, ini menandakan..


Allah rezekikan anda peluang untuk berkongsi rezeki setiap bulan. Jika anda mampu, jom terus daftar sekarang ! 


'



AYUH BERKONGSI REZEKI SECARA TETAP DENGAN MENGISI BORANG DI BAWAH



Semoga ada barakahnya buat Tuan/Puan sekeluarga !



Insya-Allah jika anda sudah tiada di dunia ini, ganjaran sedekah inilah yang akan tetap mengalir. Walaupun pemberian Tuan/Puan hanyalah SERENDAH RM10 sebulan.




*Selepas menekan butang "Hantar" dibawah, Tuan/Puan akan dibawa ke page INFAQPAY untuk pendaftaran autodebit


*RM1 akan dicaj untuk permulaan sebagai caj pendaftaran. Setelah pendaftaran diluluskan, amount yang dipilih akan di auto deduct setiap bulan.


*Tuan/Puan boleh mengubah nilai sumbangan atau memilih untuk hentikan sumbangan pada bila-bila masa dengan menghubungi kami.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti
Borang Sumbangan Setiap Bulan
JUMLAH

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


Maklumat Peniaga

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah
yayasanamalwilayah@gmail.com
+601151694465