"Zahirkan kesyukuran dengan berkongsi rezeki kita buat mereka yang memerlukan."

"Zahirkan kesyukuran dengan berkongsi rezeki kita buat mereka yang memerlukan."


???????????????????????? ???????????????????????????????? ???????????????? ???????????????????? ????????????????????, ???????????????????????????????????? ???????????????????????? ???????????????????????? ???????????????????????????????????????????? ???????????????? ???????????????????????????????? ????????????????????????

500 PEK MAKANAN DIPERLUKAN SETIAP HARI UNTUK :

500 orang warga Chow Kit dari golongan: 

✅ Anak-anak asnaf ✅ Gelandangan ✅ Ibu tunggal ✅ OKU ✅ Mualaf ✅ Orang dewasa & warga emas yang pencen





Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”

(Hadis Riwayat Bukhary 5/270)


Membantu tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan negara 

Anak-anak asnaf menjamu selera di Warung Makan Sahabat

Kanak-kanak asnaf menjamu selera. 

Beginilah situasi di WMS setiap hari. Semasa mereka beratur menunggu giliran, relawan kami turut memberi "makanan rohani"
berkaitan Islam kepada mereka.

Beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin. Makanan mula diagihkan pada pukul 11 pagi.

Sebelah petang sehingga malam pula, turun sekitar Chow Kit & mengadakan kelas mengaji Alquran, kitab, solat berjemaah beramai-ramai.

i.

Ustaz Syafiq dan Ustaz Helimi turun bertanyakan khabar kepada gelandangan dan bantu menyelesaikan masalah keperluan mereka

seperti keluarga, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. 

Ustaz Mk Azman - Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan mengunjungi ibu tunggal, warga emas

dan menyampaikan sumbangan dari orang ramai.

Anak-anak asnaf diberi sedikit upah untuk membungkus makanan dan dibahagikan di kawasan kampung mereka. Walaupun masih kecil,

namun mereka tak lupa untuk membantu keluarga mereka.

Ustaz Mk Azman mengimamkan solat zohor di tengah-tengah bandar Chow Kit bersama asnaf, mualaf, ibu tunggal, OKU dan lain-lain.

Selain dari memberi makan, mereka juga menghadiri kelas-kelas agama yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Malaysia.

CSR program di WMS dengan memasak, menyediakan dan membagi makanan serta cenderhati kepada

penduduk sekitar Chow Kit.

Selain Amal Care, JAKIM, Persatuan Ulama' Malaysia, Bawal Exclusive, Utusan TV, AWANI, AL Hijrah, BERNAMA,

MRSM , PEKDIS, HIKMAH, Jabatan Perdana Menteri, Universiti Malaya,

Unisza, JAWI, Institut Pendidikan Guru, DRB-Hicom, Guru Prihatin, Masjid Saidina Umar Al Khattab,

Soutul Amal, Anita Baharom, Zizi Kirana, Heliza Helmi, & ramai lagi pernah terlibat.

Sukarelawan turun membahagikan makanan kepada penduduk Chow Kit.


Ada yang tak mampu turun ke WMS, kami turun sendiri ke tempat mereka untuk membahagikan makanan.


Apa Yang Berlaku Di Chow Kit?


  • Mereka tidak mampu membeli bahan mentah dan makanan pada setiap hari. 

    Ramai warga Chow Kit yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

  • Ramai yang menyelongkar tong-tong sampah dan ada yang terjebak dengan kegiatan jenayah untuk mendapatkan makanan. 

  • Tidak hairanlah jika ada yang mencuri, merompak dan peras ugut semata-mata untuk sesuap nasi. 


Maka Kami di Yayasan Amal Malaysia Merasakan Wajar Untuk:



  • Menyediakan makanan kepada mereka secara bersistematik dan mempunyai premis yang tetap.

  • ✅ Memberikan mereka makanan pada setiap hari kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. 





SIAPA YAYASAN AMAL MALAYSIA?




  • Sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H/2022M, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Organisasi Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO.






    Dengan ini, kami ingin mengajak Tuan Puan yang budiman sekalian untuk bersama-sama Yayasan Amal Malaysia memeriahkan projek memberi makan fakir miskin tegar dengan menaja pek makanan harian



    Dengan program begini, maka aktiviti-aktiviti dan kebajikan khususnya dakwah, kerohanian dan pengislaman saudara baru di Warung Makan Sahabat akan sentiasa meriah.




Mereka akan disajikan dengan pengisian rohani terlebih

dahulu sebelum pek makanan diagihkan. Dengan cara ini

kami berharap agar mereka menemui sinar dan

dapat keluar dari kegelapan hidup.


Inilah hajat dan impian kami. Nak bina semula kehidupan gelandangan, muallaf, warga emas, ibu tunggal, kanak-kanak yang terbiar dan asnaf di kawasan Chow Kit ini untuk jadi lebih baik. 


Tugas Ini Bukan Kecil. Kami Amat Memerlukan Sokongan Kalian Semua.


Tanpa sokongan anda, banyak jiwa yang hampir berputus asa dalam kehidupan. 



Pemberian Anda Mampu Membantu Kelangsungan Hidup Mereka Serta Menjauhkan Mereka Dari Melakukan Perkara Yang Tidak Sepatutnya Kerana Kelaparan.



Rasulullah SAW bersabda:


"Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan."  (HR. Tabrani)



Terima Kasih Atas Sokongan Anda, Hanya Allah Sahaja Yang Mampu Membalas Dengan Sebaik-baik Ganjaran.

Amiin...



Anda boleh layari website kami di alamat:

Yayasan Amal Wilayah Persekutuan    |     https://www.facebook.com/wilayahamal


Kami juga membuka peluang untuk Tuan Puan BERKONGSI REZEKI secara bulanan tetap dengan kaedah auto-debit serendah RM10 sebulan. Tuan Puan boleh tekan LINK di bawah untuk sertai : 

>>> https://infaqpay.my/go/yamwilayah <<<


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
INFAQ 300 PEK (300 ORANG)
INFAQ 250 PEK (250 ORANG)
INFAQ 100 PEK (100 ORANG)
INFAQ 70 PEK (70 ORANG)
INFAQ 50 PEK (50 ORANG)
INFAQ 30 PEK (30 ORANG)
INFAQ 10 PEK (10 ORANG)
INFAQ 5 PEK (5 ORANG)
INFAQ 3 PEK (3 ORANG)
INFAQ 1 PEK (1 ORANG)
INFAQ SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN



Maklumat Organisasi

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah
yayasanamalwilayah@gmail.com
+601151694465
Ini no CS kami